Weekend ni bukan bulan raya lagi... so, rasanya jemputan untuk makan2 dah abis kan... boleh lah rehat kat rumah je kan menghabiskan masa bersama keluarga...
Akhir-akhir ini banyak plak dengar kawan2 bercerita pasal penyakit tonsil.... so, saya pun cuba cari maklumat ttg penyakit ni... jom-jom teropong apa itu tonsil...
Apa itu Tonsil?
Tonsil ini terbentuk daripada lymph tissue, iaitu dari sistem pertahanan tubuh. Jadi fungsi tonsil ialah merangsang sistem immuniti tubuh badan menghasilkan antibodi bila badan diserang jangkitan.
Apa itu radangan tonsil ?
Tonsil boleh meradang(inflammation) bila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria. Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.
Tonsillitis boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada bila dan berapa lama ia berlaku:
1- Acute Tonsillitis - baru berlaku.
2- Chronic Tonsillitis - tonsillitis yang dah lama berlaku
3- Recurrent Tonsillitis - tonsillitis yang berulang ulang
Tonsillitis selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak, boleh juga berlaku kepada orang dewasa.
Amat jarang kanak kanak 2 tahun ke bawah mendapat tonsillitis ini.
Simptom Acute Tonsillitis:
- sakit tekak, susah menelan, demam, kelenjar di leher mungkin membengkak dan sakit, letih/lesu, dan simptom halangan pernafasan (eg; berdengkur, atau tiba tiba tersedar tak boleh bernafas masa tidur, sleep apnoea).dalam kanak kanak, kadangkala simptom utamanya ialah mereka enggan makan, sebab tekak mereka sakit!
- acute tonsillitis berlangsung selama 3-5 hari...dan paling maximum boleh menjangkau 2 minggu.
- Apabila anda kena acute tonsillitis 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun berturut turut, atau 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.
- Jadinya, moral di sini ialah, SILA KIRA berapa kali anda kena acute tonsillitis. Kerapkali aku jumpa patient yang tak aware tentang ini. Kenapa perlu kira? Kerana dengan kiraan inilah aku boleh justify, ianya recurrent atau tidak dan perlukah kes di rujuk untuk pembedahan membuang tonsil.
- bila mengalami simptom sakit tekak yang berpanjangan, lebih dari dua minggu, sakit menelan dan mungkin juga bengkak kelenjar di leher yang berterusan.
Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat Dia akan mengalami :-
- Demam
- Susah untuk menelan kerana sakit tekak
- Nafas berbau busuk.
- Bunyi suara yang ganjil
- Kebengkakan pada kelenjar tekak
- Kelenjar tekak akan kelihatan
- Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
- Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema
Rawatan:
kebiasaannya doktor akan memberikan Antibiotik kepada pesakit.
Bila dah diberi antibiotik, sila makan hingga habis. Memang selalunya dalam masa 2-3 hari selepas pengambilan antibiotik, tonsillitis akan sembuh/mengecil.
Selain antibiotik, pesakit perlu mengambil ubat ubatan untuk mengurangkan simptom..contohnya:
- ubat demam untuk demam/sakit badan
- lozenges untuk melegakan tekak
- minum jus buah buahan segar dan sejuk untuk melegakan tekak
- berkumur kumur dengan air garam suam, atau apa apa gargle solution
- makan ice cream perisa vanilla
- elak mengambil makanan berasid, yang membuatkan tekak lebih tak selesa
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
Apabila jangkitan berulang - ulang.
Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.
Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.
Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria streptococcus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.
Oleh itu, kita boleh berusaha MENCEGAH sebelum PARAH... tingkatkan sistem imunisasi seluruh famili kita dengan
![]() |
||||||
|
Mardziah / Abdul Muin
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 854916 ] ♥ Contact No | WhatsApp :013 2621234 ♥ Emel : gee.muin@gmail.com ♥ Laman web: dairimommy.blogspot.com * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. | ||||||




